Bersih tangguh iktiraf keputusan PRU13 disebabkan penipuan

Bersih tangguh iktiraf keputusan PRU13 disebabkan penipuan

Oleh Emily Ding

PETALING JAYA, 6 Mei — Pemantau pilihan raya Bersih mengatakan mereka menangguhkan untuk mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 13, sehingga mereka mengesahkan semua laporan berkenaan penipuan pilihan raya.

Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan kumpulan tersebut menerima laporan mengenai penipuan pilihan raya, undi hantu dan pelbagai kesalahan semasa proses mengundi dan pengiraan undi dari pemantau pilihan raya di bawah.

“Bersih menangguhkan pengiktirafan kerajaan yang akan ditubuhkan sehingga mempunyai masa untuk mengkaji laporan yang diterima,” kata Ambiga dalam satu sidang akhbar di sini.

"Sejauh mana laporan ini telah membawa kita untuk mempersoalkan beberapa keputusan dalam pilihan raya umum 2013."

Beliau juga mengatakan kelihatan dari laporan kadar penipuan yang dilakukan terlalu ekstensif sehingga mampu merubah keputusan pilihan raya.

“Rakyat sudah bergerak kehadapan akan tetapi sistem masih lagi belum. Sebaliknya, sistem telah kebelakang. Saya tidak pernah melihat penipuan secara terang-terangan. Saya fikir, ianya lebih teruk daripada yang lalu,” katanya.