Naomi Campbell masih laku

Tupai

View photo

.

9 Mei - Walaupun sudah mencecah usia 42 tahun, namun karier Naomi Campbell sebagai seorang model masih lagi bertahan selama hampir tiga dekad.

Sebagai meraikan edisi ulangtahun majalah Vogue Brazil yang ke-38, model yang seringkali mencetuskan kontroversi dengan sikap panas barannya itu kini diambil untuk menghiasi kulit depan majalah tersebut.

Dalam edisi bulan Mei 2013 tersebut, model yang berasal dari London itu tampak berseri sekali dengan kulit wajah dan tubuh badannya yang tidak pernah dimakan usia. Antara pakaian yang diperagakan olehnya termasuklah seluar sendat bercorak kulit harimau bintang yang dipadankan berasama kasut but bercorak sama.

Dalam perkembangan lain, Campbell kini dilaporkan sedang berada di ambang perpisahan dengan kekasihnya, Vladimir Doronin atas kerana perbezaan gaya hidup.

View Comments (0)