Syura juara Masterchef Selebriti musim ke-2

Tupai
Syura juara Masterchef Selebriti musim ke-2
.

View photo

Syura juara Masterchef Selebriti musim ke-2

26 Jun – Penyanyi Syura telah dinobat sebagai juara rancangan masakan "Masterchef Selebriti Malaysia" musim kedua.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron yang berjaya menewaskan lawannya iaitu pengacara Celina Khor telah menerima wang tunai sebanyak RM60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

"Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini. saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini," katanya kepada mStar.

Rancangan sebanyak 40 episod itu mula ditayangkan pada 20 April lalu itu disertai oleh 19 selebriti tempatan seperti Rozita Che Wan, Zain Saidin, Michael Ang, Norish karman, Cat Farish dan ramai lagi.

View Comments (6)