Nasha Aziz: Saya seorang konservatif dalam bercinta

Nasha Aziz: Saya seorang konservatif dalam bercinta

14 Feb – Pelakon jelita, Nasha Aziz mengakui dirinya seorang yang sangat konservatif apabila berkaitan dengan menjalin hubungan cinta.

"Orang nampak saja saya begini, tetapi saya mempunyai pendirian dan prinsip apabila menjalinkan hubungan cinta di mana saya seorang yang sangat konservatif.

"Saya mempunyai batasan dalam perhubungan kerana agama dan jika pasangan itu meminta saya melakukan sesuatu di luar prinsip, saya akan tolak dengan cara baik," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Tambah Nasha lagi, dia juga sanggup memutuskan hubungan jika lelaki itu cuba membuatkannya melanggar prinsip yang dipegangnya.

Dalam pada itu, Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 45, bakal muncul dalam teater "Di Bawah Lindungan Kaabah" arahan Rominah Mohd Tahir yang akan dipentaskan pada 9 hingga 18 Mei.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam pementasan itu ialah Adi Putra, Dafi, Elfira Loy dan Liza Abdullah.